Friday, 1 February 2013

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Iraq Persahabatan 2013

 
iraq vs malaysia 1 februari 2013 result keputusan terkini malaysia vs iraq 1 februari 2013

 
Pasukan Harimau Malaya lawan Iraq yang berlangsung pada 1 Februari 2013 di mana pasukan Iraq juga adalah juara Piala Asia 2007 malam tadi di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk aksi perlawanan persahabatan antarabangsa.
Aksi ini juga sebagai rangka persiapan untuk skuad kendalian Datuk K. Rajagobal mengharungi aksi sebenar dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula pada Rabu ini,6 Februari.




 

 
Malaysia yang berada di kumpulan D dijadualkan bertemu Qatar pada perlawanan pembukaan kelayakan Piala Asia 2015. Skuad Harimau Malaya yang pincang dengan masalah kecederaan dan penggantungan pemain utama terpaksa bergantung harap kepada pemain baharu. Agak malang sebab tiada siaran langsung di kaca TV kerana ia tidak diiktiraf oleh FIFA/AFC. Perlawanan ini berkesudahan dengan kekalahan kepada skuad negara di tangan negara Iraq .                 
Dalam perlawanan ini, pasukan Iraq terlebih dahulu mendapat jaringan pada minit ke 15 hasil kesilapan komunikasi di bahagian pertahanan negara yang mengatakan bahawa bola sudah terkena tangan pemain Iraq sebelum gol berjaya di hasilkan.Walaubagaimanapun, pengadil tetap dengan keputusan yang dibuat.
Dalam aksi ini menyaksikan pasukan Iraq lebih banyak mendominasi perlawanan pada awal permainan berbanding pasukan Malaysia yang sekali-sekala menyerang melalui serangan kilat yang berbahaya ke kawasan Iraq.Pada minit ke 38, pasukan Iraq sekali lagi menghukum kelemahan pertahanan pasukan kebangsaan apabila berjaya meledak gol ke dua pasukan Iraq dan 1 lagi gol pada minit ke 66 sehingga tamat permainan.
 
Keputusan Penuh Malaysia vs Iraq:
1.
IRAQ
IRAQ

Min 15″
Min 38″
Min 66″
FT
3 – 0
MALAYSIA
Malaysia

No comments:

Post a Comment