Pembubaran parlimen 2013 : Siapa yang mengikuti secara dekat landskap politik Malaysia, pasti terasa debaran disebalik penantian sejak pertengahan tahun lepas (tahun 2012) lagi bagi menantikan “butir-butir emas” daripada mulut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengumumkan pembubaran parlimen 2013 bagi PRU 13 (pilihanraya Uum ke 13).
Alhamdulillah penantian demi penantian rakyat Malaysia ditambah dengan Datuk Najib sendiri diberikan kekuatan, akhirnya….
Berlakunya pembubaran parlimen 2013 pada sebelah pagi tadi. Serius! Terus terang kami katakan, debaran pengumuman raya pun tidak terasa berdebar seperti apa yang dirasakan kami (sebagai kalangan rakyat Malaysia) sejak awal-awal pagi hari ini. Adakah sesuai dengan persamaan yang kami cuba bawakan ini. Haha…Tidak mengapa. Layankan sahaja. Yang penting pembubaran parlimen 2013 PRu 13 telah pun menjadi realiti.
Mungkin pembubaran parlimen 2013 hari ini dipilih oleh Datuk Seri Najib bersempena dengan ulangtahun ke 4 beliau bergelar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. Iaitu bermula 3 apr 2009 – 3 April 2013. Mungkin?
Parlimen pun sudah dibubarkan dan selepas ini satu demi Dewan Undangan Negeri baik di negeri bawah Barisan Nasional dan termasuklah juga di bawah Pakatan Rakyat juga akan dibubarkan apabila mereka bersetuju untuk menyertai Pilihanraya Umum ke 13 secara serentak. Alhamdulillah….
Apa lagi yang tertinggal? Ya….bersama-sama ini terdapat tarikh-tarikh penting yang akan berlaku daripada hari ini pembubaran parlimen 2013 sehingga hari mengundi nanti yang perlu anda ketahui
Sumber Dari Berita Semasa.

No comments:
Post a Comment