Sunday, 27 January 2013

Tiba-tiba Terpancar Kilauan Emas Semasa Menyangkul

Salam kepada semua pembaca blog Maafa.Sempena Thaipusam festival banyak juga undangan majlis perkahwinan...memenuhi hajat orang katakan. Namun begitu aku tidak ketinggalan untuk menjaga kesihatan di hari-hari cuti sebegini dengan mengeluarkan peluh berkebun. Kalau sebut sahaja kebun kerja rutin biasalah mestilah mencangkul, menebas, membajak, menanam dan yang seangkatan dengannya.

Hari ini aku semadikan cerita berkebun di dalam blog ini untuk perkongsian dan mengisi masa yang terluang macam cerita P.Ramlee "Labu Labi" selagi mata celik selagi itulah kerja,kerja,kerja tak habis-habis. Berbakti dengan tanah orang kata tak rugi selain dari dapat mengeluarkan peluh dapat juga makan hasilnya.Tanaman yang di tanam taklah banyak tapi bolehlah makan dari beli di pasar yang harga pun sudah semakin mahal.

Kacang botol, terung, cili padi, limau, serai, lengkuas, halia, kunyit, daun kesum, ubi kayu, daun pandan dan ulam raja antara tanamam yang ada di kebun buat masa ini.
Pokok-pokok seperti pisang, betik, nenas, pokok cempedak pun ada tapi cempedak aku tanam 3 pokok jer pisang memang banyak ditanam kadang - kadang sempat juga orang merembat setandan terus tak tinggal baki tapi dia tinggalkan pokok jer dia ingat pisang boleh berbuah 2 kali ke?.....Mana ada kan....aku tahu lu mesti OKU " Orang Kurang Usaha". Aku tak kisah itu semua lu punya rezeki lu makan, gua punya rezeki gua makan kita makanlah sama-sama dan Allah itu maha kaya lagi dicuri makin banyak pula hasil yang diberi Alhamdulillah Aminnn.

Setelah penat membersihkan semak-semak aku berehat sekejap minum air yang isteri aku bekalkan sambil membetul-betulkan pinggang yang sakit giler rasanya dan juga mengambil sebatang rokok kegemaran aku Dunhill yang tak tahu bila agaknya nak berhenti hisap rokok nie. Aku memang tak pernah buat kerja kebun macam nie masa kecik-kecik dulu tetapi mengikut arwah bapa ke kebun adalah itu pun kebun sawit tau-tau jerlah kebun sawit macamana. Bila sebut nama bapa tiba-tiba jer rasa syahdu sebab aku tidak ada lagi bapa di dunia ini samada bapa sendiri mahu pun bapa mertua ku. Bapa aku bernama Sulaiman dan bapa mertua bernama Hashim. Kedua-dua mereka ini memang kawan baik dan semasa hidupnya mereka ini memang seorang bapa yang terbaik...Tabik spring satu.....jadi sebelum aku meneruskan cerita ini eloklah disedekahkan Al-fatihah kepada ke dua-dua bapa aku ini dan sekelian roh yang telah pergi dahulu sebelum kita mudah-mudahan mereka tenang di alam barzah dan mendapat keampunan dari Allah yang maha esa Al-fatihah... 

Aku nak sambung sedikit sahaja lagi, aku di kebun nie tidaklah keseorangan aku ada 2 lagi rakan yang sama-sama berkebun seorang bernama Azam dan seorang lagi bernama Usop tetapi hari ini aku hanya ditemani oleh Azam di kebun. Tangah duduk-duduk keluarlah cerita Mat Jenin berangan-angan nak jadi kaya. Aku memberitahu Azam kalaulah sedang kita cangkul-cangkul tercangkullah ketulan emas yang berkilau-kilau kaya kita Zam...hahahaha.....Azam cuma tersengeh-sengeh jer dengar aku cakap macam tu.

Aku bukanlah nak kaya cuma inginkan kesenangan sahaja dalam kehidupan, sihat dan dapat berbakti kepada manusia dengan membantu orang lain mendapat apa yang di impikan walaupun nilainya kecil. Kata pepatah melayu "Selagi nyawa dikandung tanah budi  yang baik dikenang juga". Kalau nak senang kenalah berusaha dan terus berusaha kerana hasilnya pasti akan datang kerana itulah janji Allah kepada umat manusia dan jangan
berputus-asa serta sabar di dalam sesuatu hal kerana masa menuai pasti akan tiba.Satu perkara lagi saya ingin kongsikan di sini adalah untuk menghargai masa kerana masa itu nyawa dan sangat berharga yang tidak ada galang gantinya.

Saya semadikan beberapa keping gambar yang sempat di ambil semasa saya di kebun tadi. Selalulah lawati blog ini sehingga kita berjumpa lagi untuk cerita-cerita yang boleh dikongsikan bersama.



 
 
 
  




No comments:

Post a Comment