Wednesday, 30 January 2013

Harimau Gunung Ledang




Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya.


Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu sangat marah.

“Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah dibaham itu,” kata orang kaya itu dengan marah.

Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok.

“Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti,” kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.

Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya, seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu.

“Kamu pencuri bedebah mesti diajar!” kata budak itu dengan berani. Harimau yang besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.

Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu.
Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, “Mulai malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.”

Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.

 

 
Moral Cerita
 
1. Jangan menganiaya orang lain.
2. Usaha tangga kejayaan.
3. Jangan mudah putus asa.

Tuesday, 29 January 2013

Anemia Penyakit Kurang Darah

Penyakit Anemia
 


Anemia atau lebih dikenal masyarakat sebagai penyakit kurang darah, lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan.

Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran.

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.

Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi.

Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum.

Faktor lain yang menyebabkan wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan. Dengan alasan takut gemuk, ada segelintir wanita atau remaja mengamalkan diet secara drastik. Golongan ini cenderung makan dalam jumlah yang kurang dan tidak mahu mengambil daging. Tanpa disedari, diet seumpama itu yang belum tentu membuatkan berat badan turun, boleh menyebabkan kurangnya pengambilan zat besi dari makanan.

Umumnya, setiap wanita ataupun remaja perempuan yang mengalami anemia, tidak akan sama antara satu dengan orang lain sebab berdasarkan jenis anemia dialami. Tetapi anemia boleh dikesan apabila ada tanda seperti pucat terutama di bibir dan kelopak mata, sering lesu dan mengantuk, mudah berdebar-debar, bentuk kuku berubah, rambut mudah gugur atau putus serta kerap pening atau pitam.

Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya.

Selain itu, perdarahan saat melahirkan juga dapat menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak lagi zat besi. Dengan alasan itulah, setiap ibu hamil disarankan mengambil zat besi tambahan.

Anemia boleh dicegah dengan mengambil kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi. Beberapa makanan seperti hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dalam kadar cukup tinggi.

Zat besi dalam jumlah sederhana pula boleh diperoleh daripada daging, ikan, sayuran berwarna hijau seperti pegaga, pucuk paku, bayam, kailan dan bijirin.

Sumber zat besi daripada haiwan akan diserap lebih baik oleh tubuh daripada yang berasal daripada tumbuhtumbuhan. Bagi mengatasi masalah anemia, sebaik-baiknya perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Penyerapan zat besi dapat dibantu dengan mengambil vitamin C, misalnya meminum jus, buah-buahan dan sayuran lainnya, sebaliknya teh, kopi, susu, minuman berkarbonat, bercoklat mengandungi bahan yang dapat menghambat atau menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan atau minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum satu atau dua gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam.

Pengamal vegetarian pula, perlu mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Selain meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, perlu juga makan pil hematinik mengikut arahan doktor.
Maklumat penyakit anemia

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.

Untuk menentukan tahap anemia teruk atau tidak:

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia

< 6.9 - Sangat teruk

6.9 < 8.0 - Teruk

8.0 < 9.5 - Sederhana

9.5 -10.5 - Ringan


Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia


Rahsia Sabun Susu Beras




 

Sabun Susu Beras Maafa
Harga Borong 1 Dozen(12)
RM40.00
Free POS
 
 
Kelebihan Produk
  • Sabun Susu Beras ini dihasilkan 100% dari bahan-bahan semula jadi, Asli dan tiada bahan pengawet.
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Membantu menghilangkan bintik-bintik hitam dan mengurangkan jerawat
  • Menghaluskan kulit
  • Memudarkan dan menghilangkan parut dengan penggunaan yang berterusan
  • Melembabkan kulit seterusnya menaikkan seri muka
  • Khasiat susu dan beras membuatkan kulit muka anda lebih cerah, lembut dan tegang
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati
  • Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • Menanggalkan kesan solekan
  • Membantu menanggalkan bintik hitam atau kesan hitam di ketiak, siku dan peha.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit 
  • Memberi kesegaran 
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan

Monday, 28 January 2013

Sistem Rawatan Air Waterlife Gen 3





Ciri-Ciri Istimewa Sistem WaterLife
  • Air Hidup Sihat Teraktif
  • Teknologi penulenan termaju
  • Gugusan molekul air yang lebih kecil
  • Molekul air lebih terjajar
  • Mengekalkan mineral surih
  • Mengandungi Qi dan Tenaga
  • Menjimatkan dan praktikal
  • Konsep DIY - mudah dipasang dan dikendalikan
  •  
  
Sistem Rawatan Air WaterLife Gen 3
Harga Jualan
RM2310.00
Free POS





 
Penapis Seramik
  • Saiz liang cuma0.9 mikron, dihasilkan pada suh umelebihi 1000ÂșC, berongga dibahagian tengah dan dipenuhi liang yang boleh ditembusi.
  • Berupaya menapis lumpur, pasir dan batu halus, karat besi dan jirim-jirim lain dalam air. Ujian membuktikan liang berukuran 0.45 hingga 1.0 mikron dapat menghapuskan 99.9% bakteria dan menepati piawaian keselamatan
Penapis Pelembut Resin
  • Penukaran ion melembutkan air dan mengimbangkan ion dalam air,
  • Menghapuskan logam berat atau bahan karsinogen. Air menjadi lebih lembut dan lebih manis.
Penapis Butiran Karbon Aktif
  • Diperbuat daripada butiran arang tempurung kelapa
  • Mengurai bahan-bahan kimia dalam air,menghapuskan bau klorin yang tidak menyenangkan, racun rumpai dan sebagainya serta menyingkirkan pewarna,
  • memulihkan kesegaran dan rasa manis air.
Penapis Bio Seramik
  • Menjana dan memancarkan gelombang magnetik infra merah jauh.
  • Meningkatkan muatan oksigen dan tenaga dalam air dan memecahkan kelompok-kelompok air besar menjadi kecil,
  • Menghasilkan air lembut dan hidup supaya ia lebih mudah diserap oleh sel-sel dan menjadi lebih tenaga.
  • Membantu merangsangkan metabolisma dan peredaran darah, meningkatkan daya penyerapan dan daya imun serta mengawalatur sistem endokrin yang seimbang.
Penapis Tourmaline
  • Diperbuat daripada Tourmaline yang berupaya memancarkan ion negatif dan physio letrik yang semulajadi.
  • Membantu mengimbangi ion negatif dan positif dalam tubuh membolehkan tubuhmencapai “Keseimbangan Yin Yang”
  • Meningkatkan sistem peredaran, meredakan tekanan, meningkatkan kecergasan dan menguatkan sistem imun
Penapis Blok Karbon Aktif
  • Penapis ini dibentuk dengan memampatkan karbon aktif yang dikisar halus hingga terbentuknya blok pejal dengan penyerapan dan keberkesanan kinetik yang terunggul.
  • Penapis ini menulenkan air buat kali kedua, menyerap dan menghapuskan bahan-bahan kimia, gas bertoksik, sisa-sisa radiasi dan bahan cemar lain secara menyeluruh.
Penapis Seramik Anti Bakteria Nano
  • Penapis seramik ini dihasilkan melalui teknologi nano terkini bagi mengningkatkan Air LifeTec yang bertenaga tinggi dan selamat dari segi mikrobiologi.
  • Partikel seramik nano mempunyai keluasan permukaan relatif yang sangat besar dapat meningkatkan kadar pengaliran air yang beroksigen, seterusnya meningkatkan fungsi penghapusan bakteria dan kulat.


BUAT TEMPAHAN SEKARANG!

 

Sunday, 27 January 2013

Dua Pintu Kehidupan Makan Gaji atau Bekerja Sendiri

 
 

Marilah kita sama-sama meningkatkan taraf hidup kita ke arah yang lebih baik. Barangkali ada azam atau impian yang tidak dicapai pada tahun lepas. Nah, sekaranglah masanya untuk kita merealisasikan impian yang tidak terlaksana. Hendak tunggu apa lagi. Pejam pelik, pejam pelik, beberapa bulan yang akan datang, tahun 2013 telah pun sampai. Masa sekarang begitu pantas berlari. Adakah kita akan berada sama seperti tahun 2012, atau tahun-tahun yang sebelumnya? Jika tidak berbuat sesuatu, pasti situasinya akan sama seperti dahulu.

Untuk menggapai kehidupan yang lebih baik, saya teringat satu cerita yang saya dengar sewaktu menghadiri seminar yang dikendalikan oleh seorang pemimpin hebat dalam bisnes jualan langsung beberapa bulan yang lalu.
 
Ceritanya berbunyi begini, ada seorang pengurus berumur 40-an yang terpaksa bekerja bertungkus-lumus disebabkan desakan hidup. Bagi mengatasi masalahnya, dia mendapatkan nasihat daripada seorang pakar kewangan.

Pengurus tersebut telah mengaturkan temujanji dengan pakar kewangan yang terkenal dan disegani di pejabat pakar tersebut yang terletak di Park Avenue.

Sampai sahaja ke pejabat pakar kewangan yang dihias dengan hebatnya, pengurus berkenaan terus masuk. Anehnya kerana tiada penyambut tetamu yang menyambut kedatangannya. Yang ada hanyalah dua pintu. Satu pintu bertulis “makan gaji” dan satu lagi pintu bertulis “bekerja sendiri”.

Pengurus itu masuk pintu yang bertanda “makan gaji” tetapi apabila dia masuk, dua lagi pintu berada di hadapannya, satu pintu bertanda “pendapatan kurang dari US$40,000” dan satu lagi “pendapatan lebih dari US$40,000”.

Pendapatan pengurus berkenaan adalah kurang dari US$40,000 setahun, jadi ia pun masukke pintu yang pertama. Apabila dia masuk,ada lagi dua pintu berada di kiri dan kanannya. Pintu sebelah kiri bertanda “mampu menyimpan lebih dari US$2,000 setahun” dan pintu sebelah kanan bertanda “mampu menyimpan kurang dari US$2,000 setahun”.

Pengurus tersebut hanya mempunyai US$1,000 dalam simpanannya, jadi dia pun masuk pintu sebelah kanan. Masuk sahaja ke pintu tersebut, dia mendapati dirinya berada semula di Park Avenue!

Amat jelas sekali, walaupun hakikatnya amat pahit, pengurus dalam cerita berkenaan tidak akan keluar dari masalah yang dihadapinya sehinggala ia berikhtiar untuk membuka pintu yang berlainan. Pengajaran dari cerita ini ialah kebanyakan orang adalah seperti pengurus tersebut – mereka hanya tahu masuk ke pintu penghidupan yang membawa mereka balik kepada keadaan yang sama. Bertahun-tahun bekerja dengan pelbagai syarikat tetapi kehidupan masih tetap sama.

Cara untuk seseorang itu mendapatkan hasil yang berbeza ialah dengan memilih untuk masuk pintu yang berlainan. Seperti kata seorang penceramah motivasi yang pernah saya dengar berbunyi begini: “Kalau anda terus melakukan apa yang anda telah biasa lakukan, maka anda akan terus memperoleh pendapatan yang sama.”

Sama seperti pengurus dalam cerita tadi, kebanyakan orang yang makan gaji sentiasa terperangkap dengan masalah kewangan yang tidak pernah selesai dan sama seperti pengurus tadi, 95 peratus daripada orang yang “makan gaji” mempunyai pendapatan yang kurang dari US$40,000 setahun, dan mereka hanya mampu menyimpan lebih kurang US$2,000 setahun.

Walaupun cerita pengurus tersebut berlaku di Amerika, tetapi sebenarnya, 95 peratus orang di dunia ini tidak langsung berubah, mereka sekadar boleh “bernafas” atau “cukup makan” sahaja.

Di Amerika Syarikat, satu kajian pernah dijalankan terhadap 100 orang rakyat biasa yang menunjukkan keadaan kewangan mereka apabila mencapai umur 65 tahun.



TIAP 100 RAKYAT AMERIKA DI PERINGKAT UMUR 65 TAHUN

Bagaimana pula dengan diri anda? Adakah anda masih lagi “membuka pintu” yang meletakkan diri anda dalam “Kumpulan 95%”? Atau adakah anda sudah mula berusaha untuk “membukapintu” yang akan memberikan anda “kebebasan kewangan” yang sebenar, seperti mereka dalam “Kumpulan 5%”?
 
Kebanyakan orang ingin sesuatu yang lebih baik untuk diri dan keluarga mereka. Pastinya mereka tidak mahu cepat mati, atau menghadapi kesempitan wang atau terpaksa bekerja walaupun sudah mencapai umur 65 tahun. Seharusnya kita semua perlu merasakan bahawa betapa istimewanya berada dalam “Kumpulan 5%”. Hal ini sudah pasti akan membuatkan lebih ramai orang yang akan memilih untuk “membuka pintu” yang berlainan dalam masa hidup mereka.
Adalah lebih baik anda merenung sejenak supaya anda boleh merasai kehidupan Kumpulan 5% itu. Bayangkan buat seketika bahawa wang dan masa tidak lagi menjadi masalah bagi diri anda.
Bayangkan anda mempunyai waktu terluang untuk menghantar anak anda ke sekolah setiap pagi, menjemputnya pulang ke rumah setiap hari dan punya waktu bagi bersama dengan anak anda untuk menonton ia beraksi di pentas sekolahnya atau melihat anak anda bermain bola sepak di sekolahnya, semata-mata kerana anda tidak perlu bekerja!
Bayangkan anda boleh pergi melancong pada bila-bila dan pulang juga pada bila-bila masa dan tanpa memikirkan arahan ketua atau bos anda.
 
Bayangkan anda melangsaikan pinjaman kereta, pinjaman rumah, kad kredit atau membayar insurans untuk diri anda tepat pada setiap hujung bulan.
Bayangkan anda bebas untuk ke mana sahaja yang anda inginkan tanpa memikirkan walaupun sedikit pun tentang masalah kewangan.
Akhirnya, cuba anda bayangkan, dengan hanya “melaburkan” satu atau dua jam sahaja dari keseluruhan hidup anda untuk melayari laman web ini supaya anda boleh menemui apa yang anda cari selama ini iaitu anak kunci kepada kehidupan yang lebih baik.
“From Here To Change Your Life” menjadi motto. Ia membantu meningkatkan taraf kehidupan anda ke arah yang lebih baik. Di sini, di laman ini, anda akan temui begitu banyak sekali anak kunci yang melorongkan anda kepada pembinaan kekayaan, sekaligus memberi kebebasan kewangan dan kebebasan masa yang anda cari selama ini.

“From Here To Change Your Life.” Ada banyak anak kunci kekayaan di sini. Ambil sahaja satu daripada 1000 anak kunci kekayaan mengikut kesesuaian diri serta kemampuan anda.

Selamat melayari laman ini, semoga tahun 2013 memberi kebahagiaan untuk diri dan juga keluarga anda. Tetapkan matlamat untuk mencapai impian yang belum terlaksana. Lakukan dalam tahun ini juga, jangan bertangguh lagi kerana ditakuti anda tidak berkesempatan untuk membahagiakan orang yang anda sayang.

Makanan Minda Young Intelmax Khusus Otak

Young Intelmax adalah satu produk untuk makanan minda yang menitik beratkan 3 perkara
1.Daya fokus
2.Daya penerimaan
3.Daya ingatan yang kuat
 

 
 
 
                                  Young Intelmax (30's)               Young Intelmax (60's) 
                                   Harga Jualan                                  Harga Jualan
                                      RM88.00                                         RM160.00
                                      Free POS                                        Free POS

 
Kita akan berkongsi satu pemakanan yang khusus dicipta untuk pemakanan otak terutama sekali di kalangan kanak-kanak.

Bagaimana perkembangan otak anak-anak anda?

          Lambat bertutur
          Lambat bertindak terhadap rangsangan luaran
          Daya tumpuan rendah
          Hiperaktif
          Keupayaan menerima latihan lembap, kuasa pembelajaran rendah,  IQ lemah
          Otak cepat letih, kurang semangat belajar
          Daya fikiran, ingatan merosot
          Tidak dapat ingat hal-hal yang baru berlaku
          Rasa risau, rimas, prejudis
          Pemikiran mudah terganggu
          Reaksi lembap
          Tidak dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat
 

Mengapa ini berlaku?

Akibat dari kekurangan nutrien otak

1. Perubahan emosi - pendiam, lembab, risau, bimbang, tidak boleh tidur, pelupa dan degil
2. Perubahan tingkah laku - memencilkan diri, lembab, bersifat kebudak-budakan dan semasa tidur mengisar gigi kekejangan
3. Perubahan fizikal - kemerosotan perkembangan otak dan fizikal
 
Tiba masanya untuk menyehatkan otak anda

 
FUNGSI OTAK YANG TIDAK TERBATAS
 

 
 
 
Apa yang diperlukan oleh otak?

  1. Oksigen
  2. Peredaan darah
  3. Nutrien
            * Glukosa

            * Protein

            * Lemak

            * Vitamin

            * Mineral



Ramuan Young Intelmax
 

Keistimewaan CNI Young Intelmax
1.Bahan-bahan semulajadi yang mempunyai nilai terapi dan pemakanan
          Nilai pemakanan timur, teknologi perubatan barat
          Keupayaan ekstrak YI adalah 10-20 kali ganda berbanding bahan mentah.
          Pemakanan harian yang sesuai untuk semua golongan
 
2.Semua keperluan nutrien dalam satu tablet
          Membekalkan nutrien keperluan otak: protein, lemak, glukosa, vitamin dan pelbagai mineral
          Menguatkan fungsi otak dan kecerdasan otak, menentang keletihan dan kekurangan oksigen, antioksida. Melindungi darah dan mengawalatur hormon.
 
3.Keberkesanan tinggi
          Kesan dapat dirasai cepat setelah pengambilan
          Dengan dosej yang memadai, kesannya dapat bertahan lebih lama.
 
Langkah menguatkan fungsi otak dan kecerdasan minda tidak semestinya melahirkan bakat agung seperti Albert Einstein @ Thomas Edison. Namun tidak dapat disangkalkan lagi bahawa ia dapat melahirkan intelektual yang cemerlang dalam pembelajaran, kerjaya dan kehidupan.
 
 
TESTIMONI DARI KESAN PEMAKANAN YOUNG INTELMAX
 MUHAMMAD HAZIQ BIN A BURSHRA
5A UPSR 2006
Saya dari Melaka,Rahimah bt Sulaiman iaitu ibu kepada Muhammad Haziq ingin berkongsi sedikit pengalaman bersama semua para pembaca sekelian kesan produk makanan minda Young Intelmax.

Anak saya Muhammad Haziq sebelum ini adalah seorang pelajar yang agak sederhana sahaja di dalam pelajaran iaitu 2A atau 3A sahaja setiap kali ujian yang diperolehi.Saya dan suami(A Burshra) memang inginkan anak sulung kami ini mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR 2006. Suatu hari saya telah di beritahu oleh abang saya tentang produk yang boleh meransang minda terutama sekali di kalangan pelajar-pelajar.Abang saya menekankan Young Intelmax sangat berkuasa untuk perkembangan minda terutama sekali kepada para pelajar yang ingin menempuhi peperiksaan penting.
Pada peringkat awal saya memang tidak percaya dan lansung tidak mengambil peduli tentang apa yang di ceritakan tentang produk ini tetapi abang saya sangat mengambil berat tentang anak saudaranya telah mengambil pendekatan menggunakan ibu kami Pn Halimah untuk membeli produk Young Intelmax ini.
Ibu sayalah yang membelikan Young Intelmax ini dan memberikan kepada anak saya Muhammad Haziq sejak bulan Februari 2006 sehinggalah anak saya menempuh percubaan peperiksaan UPSR.

Dalam tempoh 3 atau 4 bulan kami dapat melihat perubahan Muhammad Haziq di dalam menguasai pelajarannya.Saya dan suami begitu terkejut dan bangga melihat keputusan anak saya Muhammad Haziq di dalam percubaan UPSR dengan mendapat 4A dan 1B.Bagi kami keputusan yang dicapai begitu mendadak sekali dan kami mula merasa keyakinan bahawa Young Intelmax  boleh membantu anak kami untuk mendapat keputusan yang lebih baik dan yang kami inginkan.Saya mula menjinakkan diri dengan memesan Young Intelmax melalui ibu saya di kampung .Setiap kali pulang ke kampung saya akan mendapatkan Young Intelmax untuk diberikan kepada anak saya sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar tiba. Saya dan suami hari ini bersyukur dan berasa sangat berbangga kerana di dalam peperiksaan UPSR 2006 yang lalu anak saya Muhammad Haziq Bin A Bushra telah mendapat dan membawa satu keputusan yang cemerlang iaitu 5A.
Melalui pengalaman produk Young Intelmax kini saya kongsikan pula dengan rakan-rakan sepejabat serta ramai orang tentang kehebatan produk ini.Akhir kata terima kasih kepada  ibu dan abang saya memperkenalkan produk yang sangat luar biasa lagi hebat iaitu YOUNG INTELMAX.
Sekian.

Rahimah Bt Sulaiman
Ayer Keroh, MELAKA.


TESTIMONI

Nama: Teo Han Hong
Umur: 8 tahun
Tempat: Kelantan
 
Sebelum:
  • Malas dan tidak bertenaga serta tidak bersemangat menjalankan tugasan.
Selepas:
  • Lebih lincah dan bertenaga.
  • Lebih kusyuk dalam pelajaran, daya ingatannya dan keupayaan mengeja bertambah baik.
  • Prestasi dalam semua subjek telah meningkat.

TESTIMONI
Nama: Nurul Hafizah Hussain
Umur: 10 tahun
Tempat: Perlis
 
 
Sebelum
  • Susah bangun pada waktu pagi
  • Bersikap acuh tak acuh
  • Pendiam dan sering sakit selsema dan demam
Selepas
  • Lebih lincah dan cergas. Mudah dikejutkan pada waktu pagi.
  • Lebih mudah diajak berbual, lebih sedia bergaul, jalan fikirannya jelas dan pertuturannya lancar.
  • Resam tubuh lebih sihat, tidak mudah jatuh sakit.
  • Prestasi pelajaran lebih cemerlang berbanding semester dahulu.
 
TESTIMONI

Nama: Tew Zhe Ming

Umur: 8 tahun

Tempat: Penang
Sebelum
  • Suka menonton TV dan selalu tidak menyiapkan kerja sekolah.
Selepas
  • Lebih khusyuk dalam pelajarannya dan mempunyai inisiatif untuk menyiapkan kerja sekolah
  • Prestasi pencapaian peperiksaan meningkat dari purata 89.58% kepada 92.38%.
  • Kedudukan dalam kelas melonjak dari tempat kelima ke tempat pertama.
 
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog ini semoga anda mendapat sesuatu dari perkongsian ilmu hari ini. Tolong saya khabarkan berita ini kepada rakan-rakan anda yang lain mungkin mereka juga sedang menuggu berita ini.



Tiba-tiba Terpancar Kilauan Emas Semasa Menyangkul

Salam kepada semua pembaca blog Maafa.Sempena Thaipusam festival banyak juga undangan majlis perkahwinan...memenuhi hajat orang katakan. Namun begitu aku tidak ketinggalan untuk menjaga kesihatan di hari-hari cuti sebegini dengan mengeluarkan peluh berkebun. Kalau sebut sahaja kebun kerja rutin biasalah mestilah mencangkul, menebas, membajak, menanam dan yang seangkatan dengannya.

Hari ini aku semadikan cerita berkebun di dalam blog ini untuk perkongsian dan mengisi masa yang terluang macam cerita P.Ramlee "Labu Labi" selagi mata celik selagi itulah kerja,kerja,kerja tak habis-habis. Berbakti dengan tanah orang kata tak rugi selain dari dapat mengeluarkan peluh dapat juga makan hasilnya.Tanaman yang di tanam taklah banyak tapi bolehlah makan dari beli di pasar yang harga pun sudah semakin mahal.

Kacang botol, terung, cili padi, limau, serai, lengkuas, halia, kunyit, daun kesum, ubi kayu, daun pandan dan ulam raja antara tanamam yang ada di kebun buat masa ini.
Pokok-pokok seperti pisang, betik, nenas, pokok cempedak pun ada tapi cempedak aku tanam 3 pokok jer pisang memang banyak ditanam kadang - kadang sempat juga orang merembat setandan terus tak tinggal baki tapi dia tinggalkan pokok jer dia ingat pisang boleh berbuah 2 kali ke?.....Mana ada kan....aku tahu lu mesti OKU " Orang Kurang Usaha". Aku tak kisah itu semua lu punya rezeki lu makan, gua punya rezeki gua makan kita makanlah sama-sama dan Allah itu maha kaya lagi dicuri makin banyak pula hasil yang diberi Alhamdulillah Aminnn.

Setelah penat membersihkan semak-semak aku berehat sekejap minum air yang isteri aku bekalkan sambil membetul-betulkan pinggang yang sakit giler rasanya dan juga mengambil sebatang rokok kegemaran aku Dunhill yang tak tahu bila agaknya nak berhenti hisap rokok nie. Aku memang tak pernah buat kerja kebun macam nie masa kecik-kecik dulu tetapi mengikut arwah bapa ke kebun adalah itu pun kebun sawit tau-tau jerlah kebun sawit macamana. Bila sebut nama bapa tiba-tiba jer rasa syahdu sebab aku tidak ada lagi bapa di dunia ini samada bapa sendiri mahu pun bapa mertua ku. Bapa aku bernama Sulaiman dan bapa mertua bernama Hashim. Kedua-dua mereka ini memang kawan baik dan semasa hidupnya mereka ini memang seorang bapa yang terbaik...Tabik spring satu.....jadi sebelum aku meneruskan cerita ini eloklah disedekahkan Al-fatihah kepada ke dua-dua bapa aku ini dan sekelian roh yang telah pergi dahulu sebelum kita mudah-mudahan mereka tenang di alam barzah dan mendapat keampunan dari Allah yang maha esa Al-fatihah... 

Aku nak sambung sedikit sahaja lagi, aku di kebun nie tidaklah keseorangan aku ada 2 lagi rakan yang sama-sama berkebun seorang bernama Azam dan seorang lagi bernama Usop tetapi hari ini aku hanya ditemani oleh Azam di kebun. Tangah duduk-duduk keluarlah cerita Mat Jenin berangan-angan nak jadi kaya. Aku memberitahu Azam kalaulah sedang kita cangkul-cangkul tercangkullah ketulan emas yang berkilau-kilau kaya kita Zam...hahahaha.....Azam cuma tersengeh-sengeh jer dengar aku cakap macam tu.

Aku bukanlah nak kaya cuma inginkan kesenangan sahaja dalam kehidupan, sihat dan dapat berbakti kepada manusia dengan membantu orang lain mendapat apa yang di impikan walaupun nilainya kecil. Kata pepatah melayu "Selagi nyawa dikandung tanah budi  yang baik dikenang juga". Kalau nak senang kenalah berusaha dan terus berusaha kerana hasilnya pasti akan datang kerana itulah janji Allah kepada umat manusia dan jangan
berputus-asa serta sabar di dalam sesuatu hal kerana masa menuai pasti akan tiba.Satu perkara lagi saya ingin kongsikan di sini adalah untuk menghargai masa kerana masa itu nyawa dan sangat berharga yang tidak ada galang gantinya.

Saya semadikan beberapa keping gambar yang sempat di ambil semasa saya di kebun tadi. Selalulah lawati blog ini sehingga kita berjumpa lagi untuk cerita-cerita yang boleh dikongsikan bersama.