Sunday, 27 January 2013

Dua Pintu Kehidupan Makan Gaji atau Bekerja Sendiri

 
 

Marilah kita sama-sama meningkatkan taraf hidup kita ke arah yang lebih baik. Barangkali ada azam atau impian yang tidak dicapai pada tahun lepas. Nah, sekaranglah masanya untuk kita merealisasikan impian yang tidak terlaksana. Hendak tunggu apa lagi. Pejam pelik, pejam pelik, beberapa bulan yang akan datang, tahun 2013 telah pun sampai. Masa sekarang begitu pantas berlari. Adakah kita akan berada sama seperti tahun 2012, atau tahun-tahun yang sebelumnya? Jika tidak berbuat sesuatu, pasti situasinya akan sama seperti dahulu.

Untuk menggapai kehidupan yang lebih baik, saya teringat satu cerita yang saya dengar sewaktu menghadiri seminar yang dikendalikan oleh seorang pemimpin hebat dalam bisnes jualan langsung beberapa bulan yang lalu.
 
Ceritanya berbunyi begini, ada seorang pengurus berumur 40-an yang terpaksa bekerja bertungkus-lumus disebabkan desakan hidup. Bagi mengatasi masalahnya, dia mendapatkan nasihat daripada seorang pakar kewangan.

Pengurus tersebut telah mengaturkan temujanji dengan pakar kewangan yang terkenal dan disegani di pejabat pakar tersebut yang terletak di Park Avenue.

Sampai sahaja ke pejabat pakar kewangan yang dihias dengan hebatnya, pengurus berkenaan terus masuk. Anehnya kerana tiada penyambut tetamu yang menyambut kedatangannya. Yang ada hanyalah dua pintu. Satu pintu bertulis “makan gaji” dan satu lagi pintu bertulis “bekerja sendiri”.

Pengurus itu masuk pintu yang bertanda “makan gaji” tetapi apabila dia masuk, dua lagi pintu berada di hadapannya, satu pintu bertanda “pendapatan kurang dari US$40,000” dan satu lagi “pendapatan lebih dari US$40,000”.

Pendapatan pengurus berkenaan adalah kurang dari US$40,000 setahun, jadi ia pun masukke pintu yang pertama. Apabila dia masuk,ada lagi dua pintu berada di kiri dan kanannya. Pintu sebelah kiri bertanda “mampu menyimpan lebih dari US$2,000 setahun” dan pintu sebelah kanan bertanda “mampu menyimpan kurang dari US$2,000 setahun”.

Pengurus tersebut hanya mempunyai US$1,000 dalam simpanannya, jadi dia pun masuk pintu sebelah kanan. Masuk sahaja ke pintu tersebut, dia mendapati dirinya berada semula di Park Avenue!

Amat jelas sekali, walaupun hakikatnya amat pahit, pengurus dalam cerita berkenaan tidak akan keluar dari masalah yang dihadapinya sehinggala ia berikhtiar untuk membuka pintu yang berlainan. Pengajaran dari cerita ini ialah kebanyakan orang adalah seperti pengurus tersebut – mereka hanya tahu masuk ke pintu penghidupan yang membawa mereka balik kepada keadaan yang sama. Bertahun-tahun bekerja dengan pelbagai syarikat tetapi kehidupan masih tetap sama.

Cara untuk seseorang itu mendapatkan hasil yang berbeza ialah dengan memilih untuk masuk pintu yang berlainan. Seperti kata seorang penceramah motivasi yang pernah saya dengar berbunyi begini: “Kalau anda terus melakukan apa yang anda telah biasa lakukan, maka anda akan terus memperoleh pendapatan yang sama.”

Sama seperti pengurus dalam cerita tadi, kebanyakan orang yang makan gaji sentiasa terperangkap dengan masalah kewangan yang tidak pernah selesai dan sama seperti pengurus tadi, 95 peratus daripada orang yang “makan gaji” mempunyai pendapatan yang kurang dari US$40,000 setahun, dan mereka hanya mampu menyimpan lebih kurang US$2,000 setahun.

Walaupun cerita pengurus tersebut berlaku di Amerika, tetapi sebenarnya, 95 peratus orang di dunia ini tidak langsung berubah, mereka sekadar boleh “bernafas” atau “cukup makan” sahaja.

Di Amerika Syarikat, satu kajian pernah dijalankan terhadap 100 orang rakyat biasa yang menunjukkan keadaan kewangan mereka apabila mencapai umur 65 tahun.



TIAP 100 RAKYAT AMERIKA DI PERINGKAT UMUR 65 TAHUN

Bagaimana pula dengan diri anda? Adakah anda masih lagi “membuka pintu” yang meletakkan diri anda dalam “Kumpulan 95%”? Atau adakah anda sudah mula berusaha untuk “membukapintu” yang akan memberikan anda “kebebasan kewangan” yang sebenar, seperti mereka dalam “Kumpulan 5%”?
 
Kebanyakan orang ingin sesuatu yang lebih baik untuk diri dan keluarga mereka. Pastinya mereka tidak mahu cepat mati, atau menghadapi kesempitan wang atau terpaksa bekerja walaupun sudah mencapai umur 65 tahun. Seharusnya kita semua perlu merasakan bahawa betapa istimewanya berada dalam “Kumpulan 5%”. Hal ini sudah pasti akan membuatkan lebih ramai orang yang akan memilih untuk “membuka pintu” yang berlainan dalam masa hidup mereka.
Adalah lebih baik anda merenung sejenak supaya anda boleh merasai kehidupan Kumpulan 5% itu. Bayangkan buat seketika bahawa wang dan masa tidak lagi menjadi masalah bagi diri anda.
Bayangkan anda mempunyai waktu terluang untuk menghantar anak anda ke sekolah setiap pagi, menjemputnya pulang ke rumah setiap hari dan punya waktu bagi bersama dengan anak anda untuk menonton ia beraksi di pentas sekolahnya atau melihat anak anda bermain bola sepak di sekolahnya, semata-mata kerana anda tidak perlu bekerja!
Bayangkan anda boleh pergi melancong pada bila-bila dan pulang juga pada bila-bila masa dan tanpa memikirkan arahan ketua atau bos anda.
 
Bayangkan anda melangsaikan pinjaman kereta, pinjaman rumah, kad kredit atau membayar insurans untuk diri anda tepat pada setiap hujung bulan.
Bayangkan anda bebas untuk ke mana sahaja yang anda inginkan tanpa memikirkan walaupun sedikit pun tentang masalah kewangan.
Akhirnya, cuba anda bayangkan, dengan hanya “melaburkan” satu atau dua jam sahaja dari keseluruhan hidup anda untuk melayari laman web ini supaya anda boleh menemui apa yang anda cari selama ini iaitu anak kunci kepada kehidupan yang lebih baik.
“From Here To Change Your Life” menjadi motto. Ia membantu meningkatkan taraf kehidupan anda ke arah yang lebih baik. Di sini, di laman ini, anda akan temui begitu banyak sekali anak kunci yang melorongkan anda kepada pembinaan kekayaan, sekaligus memberi kebebasan kewangan dan kebebasan masa yang anda cari selama ini.

“From Here To Change Your Life.” Ada banyak anak kunci kekayaan di sini. Ambil sahaja satu daripada 1000 anak kunci kekayaan mengikut kesesuaian diri serta kemampuan anda.

Selamat melayari laman ini, semoga tahun 2013 memberi kebahagiaan untuk diri dan juga keluarga anda. Tetapkan matlamat untuk mencapai impian yang belum terlaksana. Lakukan dalam tahun ini juga, jangan bertangguh lagi kerana ditakuti anda tidak berkesempatan untuk membahagiakan orang yang anda sayang.

No comments:

Post a Comment